Aidil Zafuan Berubah Selepas Kahwin Baru, Langsung Tak Jenguk Anak - Rita Rudaini
Rita Rudaini kecewa dengan Mohd Aidil Zafuan Abd. Radzak yang langsung tidak menziarahi dua anak lelaki mereka sejak bernikah dengan Zarema Zainal.
Rita Rudaini berkata, Aidil tidak menunaikan janjinya untuk meluangkan masa dengan anak-anak walaupun Rita Rudaini telah memberi peluang.
Ini kata-kata Rita Rudaini kepada mStar:
"Saya berasa marah apabila dia tidak menunaikan janjinya untuk meluangkan masa lebih banyak bersama anak-anak kerana selepas berkahwin dia langsung tidak datang bertemu mereka.
"Saya sendiri tidak pasti mengapa tetapi anak kedua kami iaitu Arjuna yang semakin rapat dengannya mula bertanya mengapa ayahnya tidak datang lagi,"
"Biarpun Rayyan agak sensitif namun hubungan mereka semakin rapat terutamanya Arjuna yang tidak pernah mengenali bapanya sebelum ini sudah mula dapat menerima Aidil.
"Alhamdulillah dua minggu sebelum dia berkahwin dia hari-hari datang berjumpa dengan Rayyan dan Arjuna malah saya menjelaskan situasi kepada anak-anak bahawa Aidil adalah bapa kandung mereka dan perlu memanggilnya 'Daddy'.
"Saya gembira dengan perubahan Aidil sebab sebelum ini kasih sayang seorang bapa dan lelaki tiada dalam diri anak-anak, apabila ada kesungguhan daripada bekas suami untuk rapat dengan mereka sudah tentu saya seronok. Namun entah mengapa lepas kahwin dia terus berubah,"
Pasangan itu telahpun sah bercerai talak satu pada 5 September 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.
(GAMBAR ANAK RITA DI SINI - KLIK SINI)
Sebelum bernikah dengan Zarema, Aidil sering melawat anak-anaknya. Rayyan dan Arjuna mula mengenali lebih lanjut dengan ayahnya namun kini mereka tidak lagi berjumpa. (mStar)
0 comments:
Post a Comment