Mamat Khalid Dirompak, Rugi RM 100 Ribu
Pengarah popular, Mamat Khalid dirompak apabila rumah teres dua tingkat miliknya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur, di sini dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki, awal pagi tadi.
Kejadian itu hanya disedari isteri beliau, Hasmah Hassan ketika bangun untuk solat Subuh.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketiga-tiga penjenayah itu memasuki rumah Mamat Khalid pada jam 3.30 pagi melalui tingkap bahagian tepi rumah yang diumpil.
Hasmah berkata, antara barangan yang dilarikan termasuklah sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton, kamera antik milik Mamat Khalid, iPad, gajet mainan mudah alih (PSP) dan wang tunai RM500. Jumlah kerugian kira-kira RM 100,000
Ini kata-katanya tentang rompakan ini:
”Sebaik dapat masuk rumah ini, mereka kemudian mengambil kunci pintu utama rumah dan pagar serta kunci kenderaan yang berada dalam mangkuk di atas piano berhampiran pintu utama rumah.
“Ketika itu, hanya saya dan dua anak iaitu Mohd Khalid Adam, 19, dan Nurhassanah, 14, berada di rumah, sementara Mamat Khalid sedang menjalankan penggambaran filem di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Tanjung Malim,”
"Saya memang terkejut dengan kejadian ini dan hanya mampu menangis,”
Ini kali kedua rumah itu dirompak sejak 10 tahun mereka tinggal di situ. Laporan Polis telahpun dibuat.
0 comments:
Post a Comment