Anak Sulung Rayu Farhan Kembali Kepada Abby Abadi
Kini perpisahan dan masalah rumahtangga Abby dengan Farhan telah diketahui umum. Abby ada memberitahu bawah Farhan terlalu muda dan tidak memahami dirinya.
Kes perceraian di mahkamah masih belum selesai ekoran dakwaan Abby mereka pernah bercerai seblum ini tetapi sudah rujuk semula. Abby kini terpaksa membuat permohonan penceraian semula.
Anak lelaki sulung Abby, Mohamad Danish Hakim juga ada merayu bapa tirinya, Farhan yang dipanggil Abi agar kembali bersama ibunya semula.
Menerusi video yang dikongsikan dalam laman Instagram Abby, hari ini, Danish menyatakan kerinduaan terhadap Farhan selain meminta bapa tirinya supaya tidak mengikut rakan-rakannya berpelesaran dengan melakukan aktiviti karaoke dan mengunjungi cyber cafe pada setiap malam.
Video ini dikatakan telahpun di delete.
Ini antara ungkapan anak Abby:
“Abang rindu Abi, Abi jangan ikut geng-geng Abi yang pergi karaoke, cyber cafe malam-malam tu. Itu semua duniawi. Ala, Abi kahwinlah dengan Mama balik. Apalah dosa Mama tu Abi?”
Mana tahu kerana anak-anak Farhan kembali bersatu dengan Abby Abadi. Semuanya dengan izinNYA.
Sumber: Mynewshub
Ada hikmah atas apa yang terjadi
ReplyDeleteKesian Abby
ReplyDelete