09:23 14

Ibu Mangsa Culik & Penggal Kepala Dikatakan Penipu & Bakal Didakwa

Ibu Mangsa Culik & Penggal Kepala Dikatakan Penipu & Bakal Didakwa

Ekoran kes kanak-kanak 2 tahun bernama Siti Sofea yang maut dan dipenggal kepala, ibunya iaitu Siti Salmy kemungkinan didakwa.

Untuk pengetahuan, Siti Salmy merupakan seorang gelandangan, tiada pekerjaan dan tempat tinggal dan disyaki penagih dadah. 

Suaminya, iaitu bapa kepada Siti Sofea kini dikatakan berada di dalam penjara akibat dadah.

Jom baca berita terkini kemungkinan Siti Salmy mungkin didakwa:

Laporan penuh dari MStar:
Polis sedang melihat kemungkinan akan mendakwa ibu kepada Siti Soffea Emelda Abdullah kerana cuai sehingga mengakibatkan kanak-kanak berusia dua tahun itu dibunuh dengan kejam.

Sumber daripada pasukan penyiasatan berkata, mereka mendapati wujud kenyataan bercanggah daripada ibu kanak-kanak malang itu, Siti Salmy Suib, 32, yang mendakwa dia meninggalkan anaknya itu kepada rakannya kerana mahu ke tandas di pusat membeli-belah Kota Raya pada pukul 3 petang.

Apabila dia keluar dari tandas lima minit kemudian, Siti Salmy mendakwa anak perempuannya itu tiada bersama rakan-rakannya dan mula mencari anaknya itu.

Dia turut mendakwa hanya mengetahui apa yang berlaku selepas polis menghubunginya pada malam kejadian.

"Bagaimanapun apabila kami memeriksa rakaman CCTV, kanak-kanak perempuan itu dilihat bermain sendirian apabila suspek melarikan mangsa.

"Tidak ada kawan-kawannya disekeliling. Mungkin ada, tapi mereka tidak ada di situ ketika kanak-kanak itu dilarikan.

"Kami sedang melihat kembali kenyataan dia, mungkin dia cuba menyembunyikan sesuatu untuk lindungi dirinya," kata sumber itu.

Tambah sumber itu lagi, rakaman CCTV menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang memerhatikan suspek membawa pergi Siti Soffea namun tidak mengambil apa-apa tindakan.

Kata sumber berkenaan, menurut hasil rakaman percakapan pengawal keselamatan itu, dia memberitahu bahawa kerap kali melihat kanak-kanak itu dijaga oleh beberapa orang yang berbeza kerana Siti Soffea dan ibunya selalu berada di tempat berkenaan.

"Kami mungkin boleh mengaitkan ibu mangsa kerana cuai apabila kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP)," kata sumber itu.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata, polis masih menyiasat motif di sebalik kes pembunuhan kejam itu yang berakhir apabila suspek ditemui mati lemas.

Sebelum ini mayat Siti Soffea ditemui dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Jalan Tun Sambanthan kira-kira pukul 9 malam.

Polis turut menemui serpihan seramik yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di tempat kejadian.

Media sebelum ini melaporkan saksi melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak tersebut di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan sesuatu pada leher mangsa.


14 comments:

  1. ibu tk guna.g mmpus lh kau lgi bgus.ada ank tk thu nk hargai tk thu nk brubh..mk apa kau ni.mk sundal..bbi lgi mulia

    ReplyDelete
  2. Comel anak tu mcm anak aku, apela nasibmu tnggal brsama ibu yg celaka itu, mngkin tuhan telah mnyelamatkn kau dgn mngambil nyawamu itu....lebih baik dr tnggal dgn ibu yg hari2 brglumang dosa...alfatihah.

    ReplyDelete
  3. kesian kat budak tu... ada lg ke ibu b'sifat mcm tu..??? apa2 pun Alfatihah

    ReplyDelete
  4. Kesia anak kecil ni telah menjadi mangsa keadaan' kenapa lah ibu dia bela anak sambil lewa tak tau ke dia org2 sekeliling sedang memerhatikan anak dia tunggu masa je jika ada kesempatan.

    ReplyDelete
  5. jgn komen sebarang.kta xthu mslh depa. bsyukrlh krn kta x brada d tmt mreka.dluar sna byk lg masalh sosial yg pahit.

    ReplyDelete
  6. ~kalo pasal omak bdk tuu bole gi mampos laahh nak jadi apepon...binatang pon ada hatiperut sayangkn anak inikn pula manusia..kesian dn malang nasib bdk kecil tuu..sungguh kejam sii penculik/pembunuh bdk kecil tuu tk dpt tangkap lari daripada kejahatan sendiri hahh skrg tunggulahh kau diakhirat nnt pembalasannye..
    Doa ku buat anak kecil tu, semoga ditempatkn bersama org2 yg beriman Allah lebih menyayangi mu... Aamiin3... . :'(

    ReplyDelete
  7. Ade bagus nya budak tu sudah tiada. Tak tau laa macam mana keadaan budak tu dimasa hadapan dengan ibu bapa yang macam tu. Cuma sedih dibunuh dgn kejam. Moga Allah lindungi budak itu dan ringan kan kesakitan beliau pada waktu kejadian itu. Kamu pasti akan lebih tenang dan terurus disana whahai anak. Syurga tempatMu yang pasti...

    ReplyDelete
  8. Yg pasti,anak itu sudah berada disyurgaNya..
    Kita yg tgal,jgn suka2 maki hamun org..mungkin dia lebih mulia dari kita..wallahualam..
    Lebih baik kita jaga anak2 kita dan keturunan kita sebaik2nya..in shaa Allah..

    ReplyDelete
  9. x perlu slah kan sesiapa..percayalah..semua nya dah tertulis...
    MCM MN kita mengelak nya..benda nak jadi tetap akan terjadi...
    Allah lebih mengetahui....

    ReplyDelete
  10. secara logiknya..dengan keadaan kehidupan yang begitu macamana dia nak jaga anak dia dengan baik...jika berlaku penceraian pun..makamah akan beri hak penjagaan anak kepada pihak yang paling stabil dari setiap aspek..di Malaysia ada akta ..dimana anak seperti ini perlu di take over oleh JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT ATAU POLIS utk kemaslahatan budak itu.. Malaysia telah meterai perjanjian untuk Penjagaan Hak Kanak2.. Berdasarkan akta ini...ko nampak tak sapa x buat kerja...dan buat bodoh....

    ReplyDelete
  11. ye, mmg dah takdir...tapi kita kena berusaha untuk mengubah nasib menjadi lebih baik. Kalau ibu tersebut pikir pasal anak dia, dia takkan jadi penagih dan lepak tak tentu hala.

    sebagai masyarakat kena bantu, kena sensitif sebab sekarang "jangan jaga tepi kain orang" dah tak bole pakai. byk kes budak2 kena dera, bunuh n kena rogol. kalau masyarakat/jiran wat bodoh silap2 kita pun bole jadi mangsa..Apa2 pon, gua tetap rasa mak si mangsa patut dipersalahkan sbb cuaii!! jadi pengajaran kat org lain...binatang pon tau jaga anak!

    ReplyDelete
  12. kesiannya ya Allah, al -fatihah buatnya :'( .

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Ya Allah hanya engkau yang mengetahui segalanya. Buat anak, tempatmu di syurga. Buat ibu, semoga ianya menjadi pengajaran dan keinsafan yang tak terhingga. Balik ke pangkal jalan. Ayah ibu dan adik-adikmu pasti menanti kepulangan anda.

    ReplyDelete