21:36 0

[Artis Gaduh] Jangan Nak Menyalak - Zizan Razak

[Artis Gaduh] Jangan Nak Menyalak - Zizan Razak


Zizan Razak telah membuat statement ringkas di twitter yang berbuyi " Jangan Menyalak Tanpa Tahu Sebab, Terus Menyelak Sampai Jumpa Pusat ".

Status tweet itu di buat setelah terbongkar kes beliau membekukan akaun syarikat miliknya Wirefame. Akibat pembekuan akaun itu, artis dibawah naungan Wirefame tidak mendapat gaji.

Wirefame sebelum ini mempunyai artis seperti Zizan Razak sendiri, Emma Maembong, Chacha Maembong, Kaka dan Johan Ashaari.

Zizan Razak dan Emma dikatakan telah keluar dari Wirefame yang mana Zizan mendapat kontrak rm 2juta dari Astro sementara Emma Maembong akan bergerak sendiri.

Wirefame dimiliki hasil perkongsian Zizan Razak dan juga Marina Juki.

Sementara itu Kaka dan Johan Ashaari memang kecewa dengan tindakan Zizan Razak kerana membekukan akaun syarikat tanpa pengetahuan Marina Juki.

Ini kata Johan Ashaari:
“Saya juga sedih kerana tidak dapat membelikan hadiah untuk bapa sempena Hari Bapa, baru-baru ini, sekarang baru sedikit demi sedikit saya dapat membantu keluarga hasil duit wang simpanan,”

Menurut Johan, dia sekeluarga baru berpindah ke rumah baru dan disebabkan tindakan Zizan itu, dia kekurangan modal untuk membantu bapanya menampung perbelanjaan rumah baru.

Ini pula kata Kaka:
“Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri,” 

Mungkin kenyataan Johan dan Kaka ini yang membuatkan Zizan menulis tweet "Jangan Menyalak" tersebut.







0 comments:

Post a Comment