Lagi Kisah Sebenar Susah Payah Ibu Bapa Jaga Anak OKU DIBONGKAR
Satu lagi kisah tentang ibu kepada anak OKU telah membongkar kesusahan mendapatkan bantuan dari kerajaan walaupun mempunyai anak OKU.
Dari FB Khairun Darwani, ibu yang tabah ini meluahkan perkara yang sebenar setelah kes adik Firdaus mendapat liputan meluas.
Ini luahan Khairun:
Me and my Angel...sesak dgn news feed bkenaan bantuan yg kjaan sediakan utk anak2 OKU. Betapa masyarakat dibutakan dgn kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan rm300. Ini hakikat yg sebenar wahai semua...bantuan itu akan disaring, aku yg hanya kerani dan suami seorg atendan hosp pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. Bagi yg layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang2nya 8x sebulan...sesuatu yg agak tidak logik diakal bagi anak OKU yg terlantar utk tidak ponteng ke kelas. Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yg severe sama seperti Angel. Ada parents yg tak mendapat kebenaran utk keluar waktu bekerja 2x seminggu...mungkin kerana boss yg x memahami, rakan sekerja yg busuk hati. Bantuan bagi yg layak ditolak dihitung...akhirnya hanya layak rm50. Ada pula yg bcakap mengenai kelas pndidikan khas. Hello hanya utk yg boleh menguruskan diri...anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..mkn pun bersuap, kencing berak dibasuh....so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah. Andai kjaan dh umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak2 ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan utk mereka...bukan utk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas...gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya kami yg bergelut seharian...syukur Allah masuh memberikan kami hidayah utk menjaga anak2 syurga ini seadaanya....
Rentetan isu anak syurga Firdaus...ku x nak komen panjang sebab setiap yg berlaku pasti ada sebab. Tapi nampaknya mcm ramai yg cuba nak mengajar dan memotivasikan kami; ibu2 anak istimewa kat Msia ni...bagus juga ya sebab sebelum kes ni, isu anak2 OKU ni org x pandang pun. And now tetiba muncul ramai plak cendekiawan yg pandai bermadah mengenai cara nk menjaga anak OKU...hello, kami bercerita di fb bukan bmaksud kami mengeluh. Bukan kami x bersyukur...kami cuba mbuka mata masyarakat tentang betapa sukarnya membesarkan anak OKU tanpa bantuan dari luar. Sesiapa yg pandai bercakap, kami sedia 'pinjamkan' anak OKU kami pada anda...cubalah utk sehari. Rasakan sendri bagaimana kami melayan mereka. Menyuap makan mereka yg x boleh bergerak...memandikan mereka yg hanya terlantar di katil...memujuk amukan mereka yg tiada bersebab...sawan yg berkunjung tanpa isyarat...bersengkang mata sepanjang mlm kerana mereka tak biasa tido di waktu mlm sedangkan anda semua nyenyak diulit mimpi. Bila kami terpaksa ponteng kerja...berhenti kerja demi mereka. Jangan bicara soal keluhan kami bila anda semua x merasa betapa hebatnya dugaan ini... *mungkin in penyebabnya si lola menjadi stress. ..wallahualam
Itulah kisah sebenar untuk mendapatkan bantuan kerajaan. Dari status ini memang susah untuk dapat bantuan.
Hanya ibu bapa dan penjaga anak-anak OKU sahaja yang tahu kesusahan menjaga anak OKU. Semoga Allah sentiasa merahmati mereka.
Apapun tindakan Lola itu bagi admin memang dah melampau kerana teruk sangat keadaan Firdaus.
Ya betul..sb tu sy sokong apa yg wardina ckp ttg kerajaan. Inilah hakikatnya. Semua hentam wardina kan??
ReplyDeleteSimpati dan kagum saya terhadap Puan Khairun. Semoga Allah sentiasa merahmati puan dan anak puan. Sepatutnya apa yang Wardina kongsikan itu patut diambil secara positif oleh Kementerian, bukan terus melenting. Mana yang baik diikut dan mana yang tidak diketepikan dulu. Pihak kementerian jangan takut nak mengaku pada kelemahan sebab hanya mereka yang mengalaminya saja yang tahu. Patutnya kakitangan di jabatan digantikan dengan ibu bapa anak-anak OKU ini.
ReplyDeleteWardina tu anti kerajaan.. Semua x kena.. *flies away*
ReplyDelete