22:44 0

Gambar Isteri Awie Teruk Dipukul Tersebar

Gambar Isteri Awie Cedera Teruk Dipukul Tersebar


Terbaca di forum Rotikaya dan Cari, tersebarnya gambar isteri Awie luka teruk di bahagian muka.

Gambar ini mula tersebar di aplikasi Whatsapp sebelum ada pihak memuat naik ke sebuah komuniti di laman sosial Facebook dan ianya kini mula menjadi perhatian ramai.

Gambar itu menunjukkan seorang wanita yang didakwa adalah isteri kepada penyanyi kumpulan Wings, Awie. 

Isteri Awie ini bernama Rozana Misbun kelihatan mengalami kecederaan agak teruk dan menurut sumber itu adalah kecederaan akibat dipukul seseorang.

Sumber juga ada menyebut yang ini adalah bukti kes pukul isteri yang melibatkan Awie baru baru ini. 

Sebelum ini Awie ada mencabar pihak menunjukkan bukti beliau memukul isterinya >>(baca sini)<<

Namun gambar ini sahaja tidak mampu sebenarnya untuk menyabitkan Awie sebagai pelakunya kaki pukul. Mangsa sendiri harus tampil dan memberitahu perkara sebenar.

Tunggu cerita dari pihak Awie atau isterinya sendiri.





0 comments:

Post a Comment