Nora Danish Komen Isu Pegang Tangan Farid Kamil
Apabila kontroversi melanda Nora Danish kerana memegang tangan Farid Kamil dan dimarahi Diana Danielle, Nora Danish mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak mahu komen hal ini.
Semalam pihak wartawan dari portal mStar berjaya juga membuat Nora Danish untuk komen tentang hal ini. Jom dengar apa kata Nora Danish:
Ini kata Nora Danish:
"Kalau boleh saya enggan memberi sebarang komen berkenaan dengan isu ini sebab takut apa yang saya komen akan akan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.
"Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bekerjasama dengan pelakon lelaki yang berstatus suami orang.
"Mungkin perkara ini akan menjadi pengajaran buat diri saya sendiri,"
"Bagi saya perkara ini sudah menjadi lumrah dalam dunia seni dan saya harus terima perkara itu sebagai dugaan pada diri.
"Bagaimanapun saya ada keluarga untuk memberi semangat pada saya. Mungkin orang nampak saya seorang yang kuat tetapi sebagai wanita, hati saya mudah terguris dengan isu-isu negatif seperti ini,"
Nora akui tersilap memegang tangan Farid dan kesilapan ini akan menjadi pengalaman untuknya.
Nora Danish kini semakin matang dalam industri hiburan dan lakonan nya juga sudah semakin mantap. Semoga Nora Danish berjaya dalam bidangnya dan cepat kahwin untuk kurang kontroversi. :)
kesian kak nora smga ka nora sntiasa sukses dalam apa jga perkara dn d murahkan rezki ibu tunggal yg tabah ini.. we all sayang kat nora danish..
ReplyDeleteAdat sebagai seorg artist untuk melalui isu seperti ini...dan dania danielle harus bersikap positive dgn situasi bergini...ND pula harus berhati hati ketika berlakon dgn suami org...so called minta Izin dgn sang Isteri...hehe..nnti faham faham aje lah.
ReplyDeleteND penah ada isu masa blakon dgn Adi Putra dulu. Dari itu saya x salahkan DD bila rasa cemburu. Rasanya ini juga akan jadi pengajaran terbaik buat DD. Semua manusia wat silap.
ReplyDeleteStay strong Nora.. Semoga Nora akan sentiasa success dlm pekerjaan.. Saya sentiasa mendoakan yg terbaik buat Nora...
ReplyDelete