15:02 0

Julia Ziegler Jawab Tuduhan Berlagak Diva Di Rumah Orang

Julia Ziegler Jawab Tuduhan Berlagak Diva Di Rumah Orang


Beberapa hari yang lalu, seorang anak kepada tuan rumah di TTDI telah membuat kenyataan kesal dengan sikap diva dan berlagak Julia Ziegler di rumahnya. (baca kenyataan penuh tuan rumah - klik sini)

Sehinggakan pihak pengarah terpaksa memohon maaf dengan sikap diva Julia Ziegler ketika berada di rumah itu.

Penggambaran drama TV3 selama sehari itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail arahan Heykal Hanafiah pada pertengahan Mei lalu.

Ini kata-kata Julia Ziegler:
"Saya bukan sombong seperti yang mereka katakan. Perkara itu terjadi ketika penggambaran drama bermula pada pukul 8 pagi dan ketika itu ahli keluarga yang ada dalam rumah berkenaan muncul dengan berpakaian tidur menyebabkan saya tidak bercakap banyak sebaliknya sekadar menyapa sahaja.

"Disebabkan tidak mahu menganggu privasi mereka, saya terus ke bilik persalinan bagi memulakan penggambaran,"

"Ada adegan yang memerlukan saya bercakap terjerit-jerit, kemudian tuan rumah memberitahu kepada pengarah bahawa saya biadab kerana menjerit di rumahnya. Padahal saya sedang berlakon. Mungkin dia tidak tahu situasi penggambaran drama,"

"Saya tidak sangka perkara tersebut menjadi isu kerana ketika selesai penggambaran saya ada bersalaman dan mereka semua saya lihat baik sahaja.

"Malah mereka mempelawa saya bungkusan pulut kuning untuk dibawa balik. Tetapi saya tak sangka timbul cerita lain pula selepas itu," 

Itulah jawapan dari pihak Julia Ziegler. Pihak tuan rumah bagaimanapun memuji sikap Diana Rafar yang dikatakan amat ramah, sopan dan baik. Mungkin salah faham sahaja. Mungkin Diana Rafar dan Julia Ziegler lain caranya ketika di set pengambaran.

0 comments:

Post a Comment