12:41 0

Kisah Sebenar Gadis Bertudung Masuk Gereja

Kisah Sebenar Gadis Bertudung Masuk Gereja


Kecoh apabila gambar-gambar beberapa remaja dan ada yang bertudung dilihat masuk ke geraj seolah-olah menghadiri satu upacara keagamaan di dalam gereja itu.

Ada yang risau dan ada yang menyebarkannya dan berkata ianya berlaku di Malaysia. Katanya kes murtad sedang berleluasa.

Ini Kenyataan PDRM (polis)

ACP DATIN ASMAWATI BT AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)

Penyebaran gambar-gambar melalui media sosial yang seakan-akan cuba membayangkan bahawa sekumpulan muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja, telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut BUKAN melibatkan sebarang rakaman upacara yang berlaku di Malaysia. Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memuat naik atau menyebar sebarang bahan yang tidak sahih melalui media sosial kerana ia berupaya menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Gambar Asal

Dari laman Mazeermohamad.com, gambar asalnya dipost oleh seorang pengguna facebook di Indonesia.

Menurut beliau, ia merupakan rombongan dari mahasiswa2 FakultiTarbiyah dan Ilmu Keguruan Institut Agama Islam Negeri IAIN Sunan Walisongo, Semarang ( http://www.walisongo.ac.id/) untuk "memahami perbezaan dan saling menghargai perbezaan".




0 comments:

Post a Comment