Kisah Pelajar Universiti Malaya, Zulaikha Adam Dapat Perhatian
Satu kisah di Universiti Malaya mendapat perhatian ramai apbila seorang pelajar, Zulaikha Adam yang berpurdah/niqab telah di arah keluar dari dewan peperiksaan untuk membuka purdah.
Tulisan pertama Zulaikha Adam memperlihatkan dia amat kecewa dengan kejadian yang berlaku ke atas dirinya sewaktu mengambil peperiksaan.
Ini status pertama Zulaikha Adam:
Apa masalahnya kalau aku nak pakai purdah dalam Exam Hall hatta dalam UM sendiri? Perlu ke suruh aku keluar dewan cabut purdah? Dengan alasan undang-undang UM tak membenarkan. Ok takpa. Aku boleh patuh lagipun aku pegang purdah sebagai sunat. Tapi perlu ke masa aku tengah sibuk nak menjawab suruh aku keluar? Kenapa tak bagi amaran saja dulu: "Adik esok jangan pakai dah." atau tahan aku kat muka pintu sebelum masuk. Atau tampal notis besar-besar. "NO NIQAB". Wahai UM. Aku rasa pelajar-pelajar lain yang pakai seksi tahap gaban tu takda pula kau nak cantas padahal bukan dalam etika pemakaian semua pelajar kena sopan ke? Inilah undang-undang Islam akhir zaman. Yang tak bertudung itu hak kan? Jadi hak aku jugalah nak pakai purdah atau tidak. Tak adil. Dan satu lagi. Tiada sebab untuk purdah dilarang. Tiada! Sekian.
Kemudia pelajar Universiti Malaya ini menulis status kedua untuk mempertahan tindakannya memakai purdah atau niqab
Jom baca luahan hati pelajar itu, Zulaikha Adam.
Zulaikha Adam
Yesterday
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Status 'purdah' saya bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak mahupun mengaut perhatian besar. Saya sudah lali, bercerita tentang realiti hidup yang saya alami di FB saban hari, dengan tujuan perkongsian. Mana yang elok, ambil. Mana yang tidak elok, tinggal. Tiada niat juga untuk saya meletakkan mereka yang tidak menutup aurat pada status yang rendah, kerana siapa saya untuk menjadi juri. Kalau boleh tidak ingin diperbesarkan, tetapi eloklah menjadi pengajaran.
Malam ini, saya koreksi diri. Bukan saya ingin membuka identiti purdah saya untuk menunjukkan saya ini baik tetapi saya sedang berusaha ke arah itu. Saya memegang purdah sebagai SUNAT dan itu pilihan. Dan tidak setiap masa juga saya mampu mengenakan purdah, lagi pula saya masih baru dalam lindungan fabrik ini.
Tetapi apa yang mengecewakan, apabila saya perhatikan undang-undang manusia yang semakin jauh dari Islam. Berilah 100 rasional, kenapa purdah tidak dibenarkan dalam universiti? Barulah saya akan akur, bahawa purdah ini memudaratkan. Tapi ternyata tidak bukan? Apakah yang dididik dalam Islam itu memudaratkan? Bukankan purdah itu tujuannya untuk melindungi? Terutamanya untuk perempuan.
Lebih terkilan, apabila saya terkenang pelajar-pelajar lain yang berada di sekeliling saya yang masih belum mampu menutup aurat dengan sempurna. Mereka tenang berlegar-legar dalam zon bebas "buka aurat", kenapa mereka tidak dikenakan tindakan? Ada yang berambut merah, ada yang berseluar pendek, mini skirt dan lain-lain. Dalam hal ini, bukan saya mempertikaikan kenapa mereka tidak menutup aurat? Tetapi kenapa mereka tidak dikenakan tindakan undang-undang sedangkan setiap universiti ada kod etika dan pemakaian tersendiri. Kenapa yang memakai purdah sehelai ini yang mati-matian ditegah?
Jujur, yang membuat saya agak marah tadi bukan kerana tidak dibenarkan memakai purdah di dalam dewan peperiksaan, tapi kerana pengawas peperiksaan tadi seolah-olah mencabar hak saya untuk berpakaian apabila saya 'bertegas untuk tidak buka'. Bila berbicara tentang HAK, itu terpulang pada manusia itu sendiri untuk menentukan. Kenapa harus kakak tadi begitu takut dengan ketua pengawas yang cuma manusia itu?
Saya terfikir, dalam tempoh sesingkat tadi untuk melawan terus. Buktikan mana hitam putih purdah tidak dibenarkan, dan alasan musabab purdah tidak dibolehkan? Kalau dengan alasan PENYAMARAN, itu cukup dangkal dan boleh disangkal. Saya sudi menyelak sekejap purdah, tetapi jangan disuruh untuk buka terus. Akhirnya saya tetap akur dan menghormati ratusan pelajar lain yang sedang menjawab peperiksaan. Akur, tetapi kecewa.
PURDAH. Itu tidak melambangkan baik atau tidaknya seseorang. Jangan kerana seseorang wanita itu berpurdah, dia sudah cukup baik. Tidak semestinya! Sebaliknya, purdah digunakan sebagai perlindungan dan pertahanan dari dosa dan maksiat. Sekali lagi, bukan kerana baik atau tidaknya seseorang.
Namun, jika adanya undang-undang manusia yang jahil seperti ini, sampai bila-bila pun lah tiada orang yang berpeluang untuk menjadi baik. Kerana lebih takut. Dengan undang-udang manusia, bukan dengan undang-undang Tuhan.
Wallau'alam.
Sekian.
Itulah tulisan panjang lebar dari Zulaikha Adam yang memperjuangkan haknya sebagai seorang yang berpurdah/niqab.
kat unimap okay je..xde lak lecture or pengawas or ketua pengawas peperiksaan or pengawal keselamatan yang bertugas nk kecoh..Alhamdulillah.
ReplyDelete#setakatnila
Pengawas takut dia bawa TOYOL yang di selit sana sini. Pemakaian Niqab tidak salah tetapi orang yang mengambil kesempatan membawa nota kecil didalam dewan pemerikasaan diatas pemakaian niqab yang salah.
ReplyDeletesya bersetuju dgn adik...tapi mungkin cara pengawas menegur tidak sesuai,...sepatut tegurlah sebelum masuk ke dewan peperiksaan....ini lah dunia sekarang yang baik ditegah yg tidak elok dibiarkn ja..sabr ya..
ReplyDeleteLady,
ReplyDeletePlease lah, ber-purdah cover muka semua is not a requirement in Islam. Tak percaya? Pergi tanya ustaz, or baca balik Quran and Hadith. Kalau cik tak dapat bezakan BUDAYA dan AGAMA, baik jangan menyalak macam anjing, salahkan semua orang sana sini.
Dah tahu undang-undang UM pun tak bagi tutup muka, dah tau undang-undang NEGARA pun tak bagi tutup muka, lagi berkeras tak mahu ikut? Baik cik pergi duduk negeri Arab, mungkin baru rasa gembira dengan "kebebasan" beragama cik nanti.
A true Muslim is humble and I guess by your very public displays of attention there's much for you to work on yourself.
baik ko jge bahase ko cantik2 bru tegur org.. setiap manusia pon ade hak dan ikutan die sndri..kekdang peraturn kte terlepas pandang. tpi bole baygkan perasaan org yg tgh duduki exam pakai purdah dan dihalau keluar untuk buka dan masok balk? agaknye jdi tumpuan mate memandang x? wajah yg disembunyikan haritu kne dilihat dgn ratusan pelajr lelaki.. undg2 negare mane yg x bagi tutop muke? skolh2 kerajaan jk.. blom sampai ke ipt sbb ade org luar lagi.. ko ddok malaysia ke mne?
DeleteArab wannabe...pui!
Deleteok je bahasa dia..
Deleteapasal anon nak terasa plak..?
ooooo geng geng PMIUM la ni yang terasa
undang-undang negara tak bagi tutup muka? ada bukti ke? buku law mana yang awk baca? Seseorang itu mempunyai hak masing-masing. Islam membenarkan seseorang pakai purdah untuk melindungi diri dia. tak percaya? tanya uztaz. nak pakai purdah pergi negara arab? tak semestinya.. bagi rumusan macam tak belajar, fikir dulu sebelum berkata. maaf.
Deletebuku law mana yang awak baca kata boleh tutup muka?
Deletehak pala jadah apa kalau dengan berniqab boleh menipu dalam final exam.memula pakai niqab lepas tu keluar pergi tandas then ganti dengan orang lain sapa pun tatau sebab berniqab konon hak.bukannya tak pernah ada kes.
dalam gambar dia ada je dia tak pakai purdah tetiba time final exam nak pakai purdah apehal?
kalau nak ikut Islam kefahaman ko je memang ko sorang je la yang betui.macam la orang yang tak pakai niqab jahil pasal Islam..
kalau bimbang penyelewengan, terdapat peraturan di universiti/kolej laen, sblm mereke menduduki peperiksaan, mereka perlu jalani proses pengecaman, selak dan tunjuk id.senang..toleransi perlu ada.purdah bukan isu baru, sebagai universiti yang wujud sekian lama, supposely mereka mahir handle perkara ini...memang betol bila menjadi mahasiswa/i maka seseorang itu tmaktub dlm undang2 di universiti..tp jgn lupa...universiti sebenarnya salah satu tempat peradaban manusia------kalau pun tak nak menolong bangunnya--tak usahlah ditolak sampai tersembam muka
Deleteeh..sebagai MPP UM takkan la buta kayu tak reti baca buku peraturan universiti.elok je sebelum ni tak pakai purdah,tetiba time exam pakai purdah dan kemudian salahkan UM plak bila diminta buka.
Deletetoleransi apa macam tu kalau dah memang termaktub dalam peraturan.bukannya suruh telanjang bogel pun.pakai niqab pun bukannya wajib dan tak berdosa pun kalau buka.ikut keadaan la.
bajet dia paling tau Islam sangat sampai suka pandang rendah kat orang lain. tu pasal saja nak buat isu
This comment has been removed by the author.
DeleteTak tau lak pakai Niqab tu sunah, Yeke!?
DeleteSmpai taktahu pkai purdah tu sunah teruknya . Jahil betul
DeleteDi igt kan bahawa pemakaian purdah bukan lah sunnah..bukankan sunnah rasulullah...tp sunat atas keadaan tertentuh menurut beberapa mazhab..(sunnah dan sunat pun tak tau beza ke..?)..sape la agaknye yg jahil sbnarnye tu..
DeleteNi lagi sorang si bodoh memandai ckap org lain bodoh..ape kejadahnye berpurdah tu sunnah...berpurdah bukan sunnah la sengal...dia yg jahil ckap org lain jahil..
Deletekita sebagai seorang muslim ada adab ketika berbicara.Jangan sampai kata-kata kita itu menyebabkan orang lain sakit hati dan akhirnya menyimpan dendam...nauzubillah minzalik..
DeleteAllah..Allah. saudara, pemakaian niqab itu sunnah, sunnah itu bukan sahaja apa yg dilakukan oleh nabi, tetapi apa yg dilakukan wanita dizaman itu dan nabi redha keatasnya. isteri2 nabi, anak2 nabi berpakaian hanya menampakkan mata. apa yang nabi redha mengapa kita tidak redha. arab wannabe? itu bukan pakaian arab wannabe saudara, itu adalah pakaian para aulia, cuma kita dah terlalu diasingkan oleh kehidupan nabi sehingga kita berasa pelik malah jelik melihatnya. sesiapa yg mencintai nabi maka dia akan mengikuti nabi dan orang2 yg baginda kasihi. seperti mana anda semua mengikuti artis2 kesygn anda dari segi perbuatannya pakaiannya. begitu jugalah kita menunjukkan rasa cinta kepada nabi. setiap yg kita lakukan mengikuti baginda ada keberkatannya, dia insan kekasih Allah, siapalah kita hendak berbangga mempersoalkan sesuatu yg kekasih Allah redha keatasnya? Istighfar.
Deleteaku setuju dengan pendapat awak 100 peratus. biasala umur macam ni, suka menentang
ReplyDeleteikut je lah peraturan, niqab tu xwajib pun... bukan disuruh awak bukak aurat pon... ikut peraturan selagi tak salah disisi agama islam... pon berniqab ...
ReplyDeletekalau google tengok nama dia tu,takde pun pakai purdah boleh je siap pegang baby lagi.tetiba time nak exam pakai purdah.ntah sebab semata nak jadi isu la tu supaya orang kata UM ni tolak Islam bagai.kemudian senang geng PMIUM masuk jarum konon UM ni tak Islam dan sebagainya.pigidah.....
ReplyDeletecuba lagi yer
read this my lady
ReplyDeletehttp://apium.um.edu.my/student/undergraduates/Peraturan-Peraturan%20Universiti%20Malaya%20(Pengajian%20Ijazah%20Pertama)%202013.pdf
geng pas kan selalu kata malaysia bukan negara Islam...
ReplyDeletejadi apehal lak nak bising bangkitkan konon this is malaysia dan sebagainya bila suruh bukak purdah?
Tak perlu berniqab.....yg penting hati..jika berniqab hati tak bersih tak guna juga...di negara arab jika Asian people pulak disangka pelacur kerana segelintir orang yg menyalah gunakan kemurnian niqab ..dr sumber yg dipercayai.....wallahu alam....se galanya dr hati...walau sebenarnya berniqab itu murni.
ReplyDeletePakaian pelajar um memang teruk, macam pergi pasar malam. Contohi uum yang mendidik pelajar berpakaian professional dan nampak berwibawa. Pihak um tak nampak atau memang tak peduli. Hmm tak taulah.
ReplyDeleteSalam dan selamat sejahtera warga kampus,
ReplyDeleteDilampirkan penjelasan Seksyen Peperiksaan berhubung isu pemakaian purdah atau niqab ketika menjalani peperiksaan
Isu pemakaian purdah atau niqab ketika menjalani peperiksaan
Merujuk kepada laporan portal berita dan posting seperti yang tersebar di laman sosial, Seksyen Peperiksaan Universiti Malaya ingin menjelaskan beberapa kekeliruan berhubung isu pemakaian purdah atau niqab sewaktu menduduki peperiksaan.
Sepertimana yang termaktub dalam Arahan Am Peperiksaan [perenggan 1(3)(e)] yang diluluskan oleh Senat antara lain menyatakan bahawa pelajar dilarang memakai apa-apa pakaian yang menutup muka.
Secara khusus, menurut perenggan 1(3)(e) Arahan Am Peperiksaan (Jadual C) di bawah Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2013 yang diluluskan Senat pada 25 Julai 2013, adalah kesalahan buat pelajar untuk:
(e) memakai apa-apa pakaian yang menutup muka, pakaian yang tidak sopan dan tidak sesuai dengan keadaan, selipar, topi, seluar pendek dan sarung tangan (kecuali pelajar perubatan di klinik dan makmal) di dewan peperiksaan.
Peraturan ini juga sudah dimaklumkan kepada pelajar sudah dimaklumkan menerusi laman web portal pelajar myum.um.edu.my > login > Rules and Regulations > Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2013.
Kenyataan yang menyatakan pelajar diminta keluar dari peperiksaan adalah tidak tepat kerana kami dengan cara yang berhemah telah meminta pelajar ke bilik air untuk membukanya.
Pihak kami juga telah menjelaskan kepada pelajar kenapa niqab tidak dibenarkan semasa menduduki peperiksaan iaitu bagi tujuan pengecaman dan menggelakkan daripada pelajar membawa masuk barangan larangan seperti earphone dan alat rakaman yang diletakkan di telinga sepertimana yang pernah berlaku pada semester yang lalu.
Seksyen Peperiksaan tidak pernah menghalau pelajar berkenaan keluar dari dewan peperiksaan sepertimana yang tersebar di media sosial. Kenyataan bahawa pihak kami meminta pelajar berbuat demikian sewaktu peperiksaan sedang berlangsung adalah tidak benar juga kerana ianya dibuat di awal sesi peperiksaan.
Untuk makluman, para petugas peperiksaan yang terdiri dari pegawai-pegawai Seksyen Peperiksaan tidak pernah menghalau mana-mana pelajar keluar semasa peperiksaan sedang berjalan seperti yang dilaporkan dalam media sosial. Ingin ditegaskan, para petugas peperiksaan diberikan taklimat dalam pengendalian sesi peperiksaan dan memastikan para pelajar berada dalam keadaan selesa, tenang serta tidak terganggu emosi semasa menjawab soalan.
Dengan penjelasan ini, pihak kami menganggap isu ini sebagai selesai dan para pelajar UM dapat menghabiskan sesi peperiksaan akhir dalam keadaan tenang dan selesa. Adalah menjadi keutamaan pihak kami untuk berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik buat para pelajar dalam apa jua keadaan.
Seksyen Peperiksaan,
Universiti Malaya
Subhanallah . Apa yang asalnya baik janganlah kita jadikan topik perbalahan sehingga boleh merubah perspektif orang lain.Islam itu agama yang damai dan marilah kita cari jalan penyelesaian yang sesuai seperti dianjurkan oleh Islam.Wallahua'lam
ReplyDelete