Searching...
12:25 4

Pelakon Baru Meninggal Dunia

Pelakon Nabil Abdul Meninggal Dunia


Takziah diucapkan buat keluarga Nabil Abdul yang telah meninggal dunia semalam di Hospital Ampang kira-kira jam 1030 pagi.

Beliau paling dikenali sebagai pelakon iklan Kit Kat bersama M. Nasir.

Lakonan terakhir Nabil akan ditayang pada hari raya nanti berjudul "Jihan Nak Buat Rumah Terbuka".

Ini kata-kata rakan artis Jihan Raja Lawak:

Allahyarham Nabil Abdul menghembuskan nafas terakhirnya pd jam 10.30pg td di hosp ampang. 

Nabil mengidap kanser lymphoma (yg dihasilkan dr sistem limfatik badan / kelenjar limfa) sejak umurnya 21thn lg. Skrg umur nabil 29thn. Tapi nabil buat rawatan kimoterapi and kanser tu dah hilang masa 6 thn lps. Cuma dlm sebulan ni baru kanser tu dtg blk and nabil dimasukkan ke wad dlm 4hari lps. 

Malam td nabil dimasukkan ke icu. Kami baru habis shooting bersama dlm telemovie #jihannakbuatrumahterbuka yg akan ditygkan hari raya nanti. Nabil sebagai Johan iaitu watak adik Jihan. Nabil juga dikenali dlm iklan kitkat bersama M.Nasir. Nabil juga adik kepada pelakon Lydia Ibtisam . 

Sekarang jenazah nabil dalam perjalanan utk dikebumikan di kg halaman beliau di Kulim Kedah . Saya mewakili ahli keluarga Allahyarham memohon semua maafkan segala salah silap nabil dan halalkan makan minum dan hutang beliau jika ada. Sama2 kita doakan utk arwah. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Tenanglah kau di sana adikku #nabilabdul . Al Fatihah

Al Fatihah dan doakan untuk arwah.






4 comments:

  1. Al-fatihah..yg hidup akn merasa mati..allahuakbar

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah.....semoga rohnye teng di sana...aminnn

    ReplyDelete