10:50 0

Komen Eina Azman Apabila Nak Kena Lempang Buaya

Komen Eina Azman Apabila Nak Kena Lempang Buaya

Eina Azman kini memberi respons apabila ada pihak mengatakan Afiq Muiz dan ibunya rasa seperti hendak menamparnya.

Untuk pengetahuan Afiq Muiz dan ibunya kini telah berbaik-baik dan hubungan dengan Eina Azman telah berakhir.

Ini kata-kata Eina Azman:
"Sejujurnya saya tidak membaca laporan berkenaan tetapi mengetahui tentang perkara itu daripada orang lain dan saya tidak mahu mengulas mengenainya kerana saya enggan terlibat dalam sebarang kontroversi lagi,"

"Saya cuma terfikir sekiranya perkara itu tidak wujud, masakan orang boleh bercerita mengenainya tetapi saya malas hendak layan perkara remeh seperti itu kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,"

"Memang kami tiada apa-apa masalah tetapi saya kini sudah mempunyai teman lelaki dan sudah tentu jika saya masih akrab dengannya kekasih akan salah faham.

"Saya perlu menjaga perasaan teman lelaki dan sebab itu saya sudah lama tidak bertemu dengannya dan bukannya kerana kami bergaduh,"

Eina Azman dari dulu mengaku tidak menganggap Afiq Muiz sebagai kekasih tetapi hanya kawan baik sahaja.

Baca kisah Afiq Muiz Dan Ibu Nak Lempang Eina (KLIK SINI)



0 comments:

Post a Comment