22:07 0

Liyana Manan Batal Tuntutan Fasakh, Hanez Suraya Bakal Didakwa

Liyana Manan Batal Tuntutan Fasakh, Hanez Suraya Bakal Didakwa

Liyana Manan khabarnya telah menarik balik tuntutan fasakh dari suaminya Romie Razin yang juga kekasih Hanez Suraya.

Mahkamah telahpun menerima permohonan Nur Liyana Manan untuk menarik balik tuntutan fasakh itu.

Peguam Liyana memberitahu Romie Razin Adilha bersetuju untuk bercerai secara baik. Namun begitu rundingan masih belum dibuat berkenaan kes tersebut kerana dikhabarkan Romie baru saja kehilangan bapanya.

Sementara itu, menerusi akaun Facebook ‘Kami Sokong Liyana Manan’ ramai pengikutnya yang menyokong tindakan Liyana menarik semula permohonan tersebut.

Laporan dari OhBulan mengatakan kerana penarikan semula itu, ada pihak yang mengatakan Hanez Suraya bakal didakwa kerana menjadi orang ketiga dalam rumahtangga dan punca kemusnahan rumahtangga.

Peminat sememangnya haters Hanez Suraya betul-betul ingin melihat Hanez Suraya didakwa setelah dikatakan menjadi punca kemusnahan rumah tangga Liyana Manan dan Romie.





0 comments:

Post a Comment