Menghina Islam: Raja Azmi Insaf, Kini Berhijab Menutup Aurat
Satu kenyataan yang dikatakan menghina agama Islam pernah dikeluarkan oleh Raja Azmi apabila mengatakan wanita tak wajib bertudung. Kenyataan Panas Raja Azmi Dulu (klik sini).
Kini Raja Azmi telah insaf dan mula berhijrah. Syukur Alhamdulillah.
ini kata-kata Raja Azmi:
Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak?
Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab.
Saya tidak terkesan dengan segala kritikan orang ramai terhadap kenyataan saya sebelum ini. Tetapi saya bersyukur kerana mendapat ‘teguran’ Allah yang akhirnya membuatkan saya mengambil keputusan bertudung.
Langkah menukar imej itu adalah sebahagian daripada keinginan saya untuk terus beribadah dan juga mahu mengenali Islam dengan lebih mendalam.
Insya-Allah, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kapan. Pakailah hijab kerana bila kita berhijab, kita akan dapat lebih banyak pahala
Akhirnya Raja Azmi kembali kepangkal jalan. InsyaAllah dipermudahkan urusan beliau dan dimurahkan rezeki dunia akhirat.
Kenyataan Panas Raja Azmi Dulu (klik sini)
0 comments:
Post a Comment