12:48 0

TERKINI: JAKIM Sahkan 2 Produk Cadbury Tiada DNA Khinzir

JAKIM Sahkan 2 Produk Cadbury Tiada DNA Khinzir 


Dua produk terbabit Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond didapati TIDAK mengandungi DNA babi atau porcine. Ianya bercanggah dengan keputusan Jabatan Kesihatan Malaysia. Mana satu betul?

Jam 11.05 pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan status hasil ujian dua sampel produk Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd dijalankan oleh makmal Jabatan Kimia Malaysia.

Dua produk terbabit Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond didapati TIDAK mengandungi DNA babi, porcine, sekaligus bercanggah dengan keputusan diumumkan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia sebelum ini.

Menurut Jamil Khir, JAKIM dan agensi terbabit akan melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap semua produk syarikat terbabit.

sumber: Mazidul


0 comments:

Post a Comment