10:40 0

Nad Zainal Buat Report Polis Terhadap Azwan Kombos

Nad Zainal Buat Report Polis Terhadap Azwan Kombos


Dari laporan Berita Harian hari ini, pelakon comel Nad Zainal telah membuat laporan polis kerana tidak tahan sering diganggu oleh bekas teman lelakinya, Azwan Kombos.

Umum mengetahui, Nad telah berpisah dengan Azwan dan kini sedang rapat bersama Hefny.

Kisah Nad Zainal bercinta dengan Hefny (klik sini).

Pelakon yang semakin popular itu membuat laporan polis itu sambil ditemani ibu bapa dan presiden kelab peminatnya. 

Nad Zainal dikatakan telah pun membuat repot polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang semalam. Walaubagaimanapun, Nad Zainal enggan mendedahkan butiran atau maklumat lanjut tentang isi laporan terhadap bekas teman lelakinya itu.

Selain itu, pelakon ini juga diganggu wanita misteri. Nad mendakwa seorang wanita yang tidak dikenali menghubunginya sebanyak tiga kali dengan menggunakan nombor telefon berbeza.

Menurut Nad, beliau pelik bagaimana wanita terbabit memperoleh nombor telefon bimbitnya yang tidak pernah diberi kepada orang lain. 

Setiap kali menghubunginya, Nad memberitahu wanita misteri terbabit bercakap perkara yang tidak baik dan negatif. Wanita itu turut mengugutnya akan aibkan Nad kepada wartawan dan blog hiburan kerana meninggalkan Azwan Kombos.


0 comments:

Post a Comment