00:05 1

Bekas Keluarga Mertua Larang Jimmy Shanley Jumpa Anak

Bekas Keluarga Mertua Larang Jimmy Shanley Jumpa Anak


Jimmy Shanley baru sahaja selesai berbulan madu dengan isteri barunya. Namun beliau kini masih lagi dihimpit igauan buruk akibat pertelingkahan dengan bekas keluarga mertuanya.

Sebelum ini, bekas ibu mertua, Datin Muniroh berkata Jimmy Shanley tidak berjumpa anaknya dan tak menjaga anaknya.

Ekoran tuduhan itu, Jimmy Shanley telahpun meluahkan perasaannya di laman sosial.

Ini kata Jimmy Shanley:

“Happy 3rd birthday… Dulu alasan tak bagi sebab duduk seorang, kini sudah berumah tangga pun tak dapat, kononnya hanya nak publisiti (pleaseee la), nak diambil tak bagi, tak diambil dicaci di media, lu pikirlah sendiri,”

Melalui status itu, Jimmy Shanley juga kesal kerana tidak dapat beramah mesra dengan anaknya,Zahrah Rania Shanley sempena hari kelahiran ketiga kerana tidak dibenarkan berjumpa.

Pertelingkahan Jimmy Shanley dengan bekas keluarga mertua bukanlah isu baru kerana mereka saling tuduh menuduh di laman media.

Semoga Jimmy Shanley dan bekas keluarga mertua dapat selesaikan isu ini demi kepentingan Zahrah Rania Shanley. Sila buang ego masing-masing, kesian anak kecil itu jadi mangsa.




1 comments:

  1. Adalah satu dosa apabila seseorang itu memutuskan silaturahim antara seorang ayah dengan anaknya..semoga bekas mertua jimmy akan sedar akan kesalahan mereka yang tidak mengizinkan jimmy bjumpa dengan anaknya..

    ReplyDelete