Nurse Selotip Mulut Bayi Sebab Bising Menangis
Kejam! Seorang nurse atau jururawat bertindak kejam apabila melekatkan seletip di mulut bayi. Sepasang suami isteri berang apabila mendapati jururawat sebuah hospital di Filipina melekatkan pita selofan pada mulut anaknya yang baru lahir.
Ibu bapa bayi itu, Ryan Noval dan Jasmine Badocdoc meminta jururawat membuka pelekat pada mulut Yohannes Noval. Manakal nurse kurang ajar itu memberi alasan bayi itu menangis dengan kuat dan sentiasa meminta susu lapor Daily Mail.
Dari laporan Sun Star Cebu, ketika jururawat membuka pelekat tersebut, bayi itu menangis kerana kulitnya terlekat pada pita dan luka. Pedih rasanya sedih lagi ibu bapa bayi itu.
Ini kata ibu bapa bayi itu:
"Anak saya tidak boleh bercakap tentang pengalaman ngeri yang dilalui ketika berada di bawah jagaan jururawat di nurseri hospital.
"Saya perlu bersuara bagi pihak dia. Jika anda berasa bayi anda selamat, fikirkanlah semula,"
Ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab. Bayi itu menangis mungkin ada sebabnya seperti seperti lapar, sakit, tak selesa, buang air kecil atau besar dan macam-macam. Adalah tanggungjawab nurse menjaga bayi itu jika di masukkan kedalam wad.
0 comments:
Post a Comment