13:39 0

Penyanyi Rock Popular Pukul Isteri Di Sebuah Bank Di Ampang

Penyanyi Rock Popular Pukul Isteri Di Sebuah Bank Di Ampang

Satu lagi kes panas telah dilaporkan oleh akhbar Berita Harian.

Penyanyi Rock Popular dan terkenal telah memukul isterinya di khalayak ramai. Tindakan rockers itu ternyata mengejutkan kakitangan dan pelanggan sehingga menimbulkan kekecohan sebuah bank di Ampang.

Malahan melalui sumber, dikatakan sebelum tiba di bank berkenaan, wanita itu sudah ditampar oleh suaminya.

Isteri yang juga ibu kepada tiga anak hasil perkahwinan dengan penyanyi rock ini mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat perbuatan ditampar dan dipukul suaminya.

Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock itu meminta isterinya membuat pengeluaran di bank berkenaan. Akibat gagal mengawal perasaan marah terhadap isterinya, penyanyi tersebut berindak di luar batasan dan memukul isteri boleh dikatakan dayus!

Berdasakan tinjauan dari BH di bank itu, wartawan gagal untuk mendapatkan maklumat daripada kakitangan bank berkenaan. Usaha untuk mendapatkan gambaran kejadian tidak berjaya apabila kakitangan enggan mengulas - Berita Harian.

UPDATE:

Ada juga sumber dari Cari forum membuat tuduhan penyanyi rock itu ialah Awie, namun tidak dapat dipastikan kepastiannya.



Pengguna forum itu berkata ahli keluarganya bekerja di bank itu dan menuduh penyanyi yang terlibat ialah Awie.


0 comments:

Post a Comment