Sharnaaz Dan Pasangan Fauzi Nawawi & Lisdawati Saling Bermaafan
Pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi program H!Live saluran Astro Ria dan Maya HD. Rancangan secara live itu berlangsung pada Ahad lalu selepas mereka pulang daripada mengerjakan umrah.
Program hiburan tersebut dikendalikan oleh pengacara popular Datuk Aznil Nawawi.
Ini kenyataan Dari Fauzi Nawawi:
"Maafkan semua kesilapan saya dan isteri yang sengaja atau tidak dan kami juga telah memaafkan anda yang selama ini membenci..."
Ini pula kenyataan dari Sharnaaz:
"Mereka sudah minta maaf. Saya terima. Lagipun tidak perlu saya memohon maaf lagi memandangkan menerusi kenyataan saya sebelum ini saya sudah minta maaf.
"Hati orang, siapa tahu. Saya cuma terima sahaja permohonan maaf itu. Diharap isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak,"
"Ketika itu saya bercuti di Langkawi dan saya tak tengok pun mereka (Lisda dan Fauzi) pada program itu. Tak kisahlah sama ada saya dah tonton program itu atau tidak, saya anggap ia dah selesai.
"Saya pun tidak ada masalah jika akan bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang ini. Terpulang kepada mereka,"
Semoga mereka move on dengan kehidupan masing-masing. Tak perlu gaduh-gaduh.
0 comments:
Post a Comment