12:52 0

Percutian Salina Saibi Di Sabah, Kenapa Peminat Mengamuk?

Percutian Salina Saibi Di Sabah, Kenapa Peminat Mengamuk?


Salina Saibi merupakan pelakon utama drama bersiri Gerak Khas yang popular di RTM.

Baru-baru ini Salina Saibi telah ke Sabah atas urusan kerja dan mengambil kesempatan masa untuk bercuti dan melawat pulau di Sabah yang sememangnya terkenal dengan kecantikan semulajadi.

Namun dalam satu gambar seorang follower telah mengamuk dan marah dengan Salina Saibi kerana dikatakan membuat kenyataan Sabah tak selamat kerana kes culik.

Salina Saibi sendiri terkejut bila dia ada membuat kenyataan tersebut dan beberapa follower lain juga konfius bila masa Salina Saibi membuat kenyataan itu.

Ini kata follower bernama Sumandak June itu:

Salinasaibi dari k.k ke Timur sabah by land ambil masa 8 jam perjalanan sis...so kira negeri Sabah besar,perbagai kaum...klu rasa x slmt jgn dtg ke negeri bawah bayu..tapi tuk pengetahuan Salinasaibi Gerak Khas pn prn buat drama di Timur Sabah,wlu time tu I still "form 5"-1997...Allah klu nk ambil nyawa,time tido pun boleh Salinasaibi ...I cukup kagum u berlakon,tap I bila ayat2 u kata Sabah cam x selamat,maaflah yer...Hebat lagi si "Ampal" berlakon.

Mungkin ini salah faham sahaja, kerana sebelum itu ada seorang follower mendoakan keselamatan Salina Saibi di sana dan menasihati Salina berhati-hati kerana banyak kes culik di Sabah. Mungkin "Sumandak June" ingatkan Salina Saibi yang membuat kenyataan itu.

lihat gambar di bawah:
















0 comments:

Post a Comment