17:16 0

Tahniah! Didie Alias Dapat Anak Lelaki

Tahniah! Didie Alias Dapat Anak Lelaki


Tahniah diucapkan kepada Lady Gaga Malaysia iaitu pelakon dan penghibur terkenal Didie Alias. Ini kerana beliau telahpun selamat melahirkan anak ke 6 pagi tadi. 

Didie Alias selamat melahirkan cahaya mata keenamnya dan yang pertama bersama suami baru di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, (PPUKM) yang dulunya dikenali HUKM di Cheras, Kuala Lumpur.

Bayi lelaki tersebut yang dilahirkan kira-kira pukul 3.35 pagi Jumaat merupakan cahaya mata pertama dia bersama suami kedua Norisham Ismail 

Didie Alias dan Norsiham menunggu 5 tahun untuk mendapat anak ini dan mereka bernikah pada 2009 yang lalu.

Sebelum ini Didie Alias mempunyai 5 orang anak bersama suami yang pertama iaitu aktor Ridzuan Hashim.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Didie yang dilihat sihat melalui foto yang dikongsi eksklusif oleh Hlive! dan Astro Gempak.


Koleksi Gambar 5 Orang Anak Didie dengan suami pertama (LIHAT SINI)





0 comments:

Post a Comment