18:24 0

Satu Lagi Kes Orang OKU Dikurung Kurus Kering

Satu lagi kes orang OKU dikurung dan ditemui kurus kering


Seorang wanita OKU yang berumur kira-kira 30 tahun diselamatkan oleh pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Wanita malang ini dipercayai dikurung lebih 10 tahun di bawah rumah di Kampung Pasir Pekan Hulu, di Tumpat.

Serbuan dibuat ke atas rumah itu pada jam 3.30 petang selepas polis dan JKM mendapat aduan dan info daripada penduduk kampung terbabit.

Wanita terbabit ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus dan dikurung dalam sebuah bilik konkrit di bawah rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, keluarga mangsa akan dipanggil untuk diambil keterangan.

"Berdasarkan maklumat, ibu bapa OKU ini Sudah meninggal dunia dan dia dijaga abangnya. Ketika serbuan, tiada ahli keluarga berada di situ," katanya.

Selepas adik Firdaus kini seorang lagi ditemui, mungkin banyak lagi yang kita tak tahu.

sumber: Metro



0 comments:

Post a Comment