Temubual Khas: Erma Fatima Sedia Bersemuka Madunya
Sebenarnya keizinan untuk berkahwin lain memang telah lama dipersetujui. Erma Fatima sendiri pernah mencari calon yang sesuai untuk suaminya namun ditolak.
Gambar Aida Abdul Di sini (KLIK SINI)
Ini kata-kata Erma Fatima:
“Saya tak tahu kenapa kali ini Bade tak suruh saya pergi tunangkan atau pun tidak, itu semua kena tanya dia, saya minta hal ini tidak disensasikan lagi dan saya anggap ianya telah selesai,”
“Saya tahu ramai yang member tafsiran yang negatif mengenai poligami, tapi apa yang berlaku terhadap diri saya perlulah dilihat secara positif yang berkemungkinan saya mempunyai kekurangan pada diri Bade,”
"Mungkin orang ramai silap mengatakan keizinan saya beri pada suami bererti saya menerima poligami. Tidak, ini satu ujian daripada Allah SWT. Mungkin mereka mengatakan saya begitu kental, tetapi jiwa saya masih seorang perempuan."
Punca Bade Kahwin lain
Kenapa Bade pilih Aida
"Mungkin ada sesuatu yang indah di dalam diri perempuan itu sehingga Bade sanggup memilihnya dan mengahwininya. Bade cukup dewasa untuk membuat pilihan, pilihan itu saya harap tepat.”
Namun, ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa Erma sengaja mengadakan penggambaran di luar negara semata-mata mahu mengelak untuk menghadiri majlis perkahwinan suaminya.
“Saya dah book tiket nak pergi ke Spain untuk shooting. Kalau saya cancel, saya kena cancel semua jadual-jadual orang lain. Majlis itu tetap akan berjalan dengan lancar dan meriahnya, tiada rasa cacat celanya majlis itu tanpa saya.”
Erma Fatima akui dirinya sangat “workaholic” untuk bekerja tetapi di rumah dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri serta menghormati Bade selaku ketua keluarga. ]
(MELODI/HLive/OhBulan)
0 comments:
Post a Comment