Searching...
11:22 1

Amy Search Beritahu Punca Sebenar Dia Maki Anaknya, Nabila Huda

Amy Search Beritahu Punca Sebenar Dia Maki Anaknya, Nabila Huda

Amy Search minggu lalu begitu marah dengan anaknya pelakon Nabila Huda sehingga memarahi dan memaki Nabila di laman sosial secara terbuka.

Akhirnya Nabila Huda terpaksa mendelete banyak gambar di instagram setelah turut dikecam followernya di Instagram.

Kini, Amy Search akhirnya memberitahu kenapa dia begitu marah dengan Nabila Huda.

Baca komen Amy Search tentang punca sebenar:
“Pasal isu masuk Kristian dah buat jantung saya ibarat terhenti. Bila cakap pasal boyfriend pula, saya terus jadi hilang akal”

“Saya agak fep up juga kenapa saya yang perlu jawab. Saya harap wartawan jangan tanya saya lagi pasal isu dia. Saya tak nak bila ada sahaja isu, wartawan datang cari saya.

Lepas ni tiada lagi sebarang kenyataan daripada saya. Bukan saya tak peduli, cuma saya tak nak orang tanya saya. Dia dah besar untuk jawab apa saja soalan orang tanya pada dia, apa yang dia buat.

Saya memang marah sebab soal agama memang sensitif. Memang saya yang buat komen dan status tu. Saya ambil tanggungjawab atas apa yang saya cakapkan. Sama ada public suka atau tak, terpulang. Bagi saya simple, jangan buat perkara yang boleh mendatangkan isu.”

Sementara itu, ibu tiri nabila Huda, Nourish turut memberi komen tentang hal ini:
“Masa itu saya tiada dengan dia. Bila saya balik rumah hari Jumaat, saya terkejut tengok Abang Amy ada. Mata dia merah sangat.

Dia beritahu ada wartawan cakap Nabila diajak masuk Kristian dan dia pun sudah lihat gambar-gambar di Instagram.

Saya beri nasihat jangan komen apa-apa. Sekali rupanya dia dah komen di Instagram. Tapi, memang bukan saya yang buat.”

“Sebagai isteri yang duduk di rumah saya dapat tengok perubahan dia. Bila orang cakap pasal anak dia, dia banyak diam tapi sejak akhir-akhir ni dia banyak luahkan pada saya.

Saya nasihat dia dan cakap budak tu dah besar, bukan zaman dulu yang dia boleh diarah-arah. Sebagai ibu bapa kita kena banyak berdoa.”

Jadi sememangnya Amy Search begitu marah kerana kisah Nabila Huda diajak masuk ke agama lain. Bagi Amy itu seperti sudah melampau dan Nabila Huda patut mengambil ihktibar dan pengajaran darinya.



1 comments: