Searching...
23:05 0

Nedim Terluka Dengan Kisah Nora Danish

Nedim Terluka Dengan Kisah Nora Danish


Kini hubungan Nora Danish dan Nedim Nazri semakin terbuka dan sememangnya serius. Nora Danish juga pernah membawa Nedim pulang ke kampungnya di Myanmar. 

Walaupun belum ada ura-ura untuk berkahwin,Nora Danish sememangya sedia menerima Nedim sebagai suami jika telah tertulis jodoh mereka.

Bagi Nora Danish, kekasihnya Nedim merupakan jejaka yang baik hati, matang  dan sangat memahaminya. Namun Nora meluahkan rasa kesal apabila gosip dan kontroversi melibatnya turut telah mengguris perasaan kekasihnya itu.

Nampaknya Nedim memang terluka dengan kontroversi yang melanda Nora Danish. Kini Nora Danish memang ada banyak kontroversi seperti kes Diana Danielle, kes Fasha Sandha, kes bekas isteri Nedim, kes gambar ketat dan banyak lagi.

ini kata Nora Danish:
“Tidak dinafikan Nedim rasa terkejut dan terkilan dengan isu yang timbul, tetapi kami ambilnya secara positif dan anggap ia sebagai satu cabaran dan dugaan.

"Masa saya belum beritahu saya ada teman lelaki, orang akan kaitkan saya bercinta dengan pelakon itu dan pelakon ini. Tapi bila sudah beritahu pun, orang masih tetap mengaitkan saya,”

Katanya, kontroversi dengan Diana Danielle dan Farid Kamil akan dijadikan pengajaran yang berguna untuknya. Selepas ini dia akan berhati-hati jika berlakon atau membuat foto shooting dengan suami orang.

ini kata Nora tentang hal ini:
“Jika suami orang, saya akan pastikan MIG keluarkan borang yang mempunyai syarat atau apa-apa yang perlu ditandatangani supaya semuanya aman dan tiada masalah berlaku,” 

Memang ramai harap Nora Danish dan Nedim Nazri cepat-cepat berkahwin. Mesti wedding of the year.

-sumber: SinarHarian-



0 comments:

Post a Comment