Searching...
22:49 10

Awal Ashaari Akui Sukar Berganding Dengan Pengacara Melodi Baru

Awal Ashaari Akui Sukar Berganding Dengan Pengacara Melodi Baru


Pengacara Melodi yang masih kekal iaitu Awal Ashaari akui agak sukar berganding dengan dua pengacara baru Melodi.

Pengacara Melodi yang baru ini yang menggantikan Zizan Razak, mereka ialah Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz.

Zizan Razak meninggalkan Melodi setelah hampir 4 tahun bergandingan dengan Awal Ashaari (baca sini).

Awal mengaku memang terasa amat kekok dan janggal buat dia untuk bekerja sama ketika mereka mula mengulas sesuatu topik.

Ini kata Awal Ashaari:

"Saya akui agak sukar untuk saya serasikan diri dengan kedua-dua mereka, kadang-kadang apa yang saya cakap mereka tidak sambut begitu juga sebaliknya hingga timbul masa-masa yang saya rasa agak janggal.

"Lagi pula gandingan mereka berdua iaitu Sherry dan Zulin memang sudah kuat membuatkan saya sentiasa fikir dimana untuk mencelah,"

"Saya lihat Sherry dan Zulin ada kekuatan mereka sendiri yang mana Sherry lebih kepada suka melayan dan Zulin suka bercakap pedas,"

Awal Ashaari memberitahu dia perlukan sedikit masa untuk menjalin dan mewujudkan chemistry yang baik antara mereka bertiga. 

Melodi merupakan antara rancangan top TV3 yang keudara secara langsung pada setiap Ahad jam 12.30 tengah hari.

Semoga mereka bertiga dapat menggalas tugas dengan baik. :)



Sari kiri: awal, sherry & zulin




10 comments:

  1. Jgnkan Awal, yg melihat pn rasa janggal.. minah 2 org ni mcm over excited jd pengacara sampai terlupa kewujudan Awal Ashari.. plss laa.. x sesuai la..

    ReplyDelete
  2. Tolonglah buang 2 pompuan ni, xbest lsg.. kalau diorg ada lg, confirm rating turun.. xtgk dah melodi slagi ada pompuan2 bingit ni..

    ReplyDelete
  3. asal bingit2 je terus jadi pengacara...seriously lah, artis2 pompuan yang perasan lawak dengan bingit2 macam didie alias, raja azura, dan dua org budak pompuan ni, jgn perasan ok...tak best pon korang tu...over

    ReplyDelete
  4. boleh ganti yang lain x? kalau ni lagi kompom la malas tengok melodi, tgk galaxy tv9 lagi best

    ReplyDelete
  5. x suka klu 2 org tu jd pngacara melodi..mohon untuk ganti kn yg lain..better awal with zizan balik..

    ReplyDelete
  6. X best dh pngacara mlodi...zmn ogy zizang br best...

    ReplyDelete
  7. awal sorg pn xpe.... mmg xde mood nk tgk dh melodi pasni...

    ReplyDelete
  8. dah tak tgk melodi sejak zizan mengacara.. lagipun bacaan online lagi laju dari mereka..lagi satu artis suka tak mengaku.. last cerita tu betul....

    ReplyDelete
  9. GAS (GlobAllShare) - MEDIA SOSIAL YANG MEMBAYAR PENGGUNA

    Mempunyai persamaan dengan FACEBOOK... Perkenalkan GAS kepada rakan-rakan... anda akan di bayar selepas pelancaran rasmi.

    MULAKAN LANGKAH BIJAK ANDA SEKARANG....!!!!

    Daftar percuma sekarang -->http://goo.gl/oDxVtF

    ReplyDelete