Zizan Razak Jelas Isu Pergaduhan Dengan Emma Maembong
Semalam ada kisah tentang Emma Maembong dan Zizan dikatakan bergaduh.
Spekulasi ini timbul kerana terdapat status luahan hati dari Emma (baca sini)
Portal mStar berjaya mendapatkan pandangan dari Zizan Razak tentang hal ini.
Ini kata Zizan:
"Saya tidak rasa luahan perasaan itu ada kena mengena dengan saya atau hubungan kami sebaliknya percintaan kami masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah"
"Emma adalah seorang yang suka berkarya dan apa yang dimuat naik itu mungkin salah satu daripadanya,"
"Tidak perlu buang (gambar status itu) kerana mungkin apa yang diluahkan itu mewakili orang-orang yang mempunyai perasaan sedemikian.
"Saya dengan Emma ok jer malah baru semalam kami bersama-sama menjayakan sebuah acara bersama-sama,"
Dari kata-kata Zizan, hubungan mereka memang okey sahaja dan mereka masih berjumpa. Mungkin status ini untuk orang lain. Semoga hubungan ini berakhir dijinjang pelamin.
0 comments:
Post a Comment