Awie Dapat Hak Jagaan Anak Sementara, Rozana Dilarang Jumpa Anak
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini telah memberikan hak penjagaan anak sementara kepada Awie. Hak ini adalah penjagaan ke atas ketiga tiga anak beliau hasil perkahwinan dengan isteri Rozana Misbun sementara kes ini disiasat.Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain (peguam Awie) memberitahu perkara itu selepas prosiding di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz.
Peguam itu turut memberitahu Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.
Ini bermakna Rozana dilarang dan tidak akan dapat menghubungi anaknya.
Kes ini masih disiasat dan dikatakan ada sebab yang kukuh kenapa Awie diberi hak menjaga anak.
0 comments:
Post a Comment