Fesyen Yuna Pakai Serban Dan Gaun Sendat Dikecam Peminat
Yuna merupakan penyanyi popular Malaysia yang kini bertapak di USA. Kehebatan Yuna memang tidak boleh disangkal lagi dan pernah menerima banyak anugerah.
Dulu penampilan Yuna mendapat perhatian apabila berpakaian ayu dengan tudung litup dan bermain gitar dan menjadi idola ramai remaja wanita.
Kini Yuna sering dikecam kerana penampilannya yang hanya memakai turban dan sering menampakkan leher.
Yang terbaru Yuna menjadi penghias muka depan Cosmopolitan dan terus mendapat kritikan negatif dari rakyat Malaysia.
Baju purple ini dikatakan terlalu ketat dan menampakkan bentuk badan Yuna selain turbannya yang kelihatan seperti siput.
Ada juga mengatakan turban Yuna kelihatan seperti serban. Ada juga mengatakan fesyen ini seperti Barney dalam rancangan Barney & Friends. Hakikatnya rata-rata kecewa dengan penampilan terkini Yuna.
Jom lihat fesyen terkini Yuna:
0 comments:
Post a Comment