12:39 1

Ifa Raziah Selamat Menjalani Pembedahan Payudara

Ifa Raziah Selamat Menjalani Pembedahan Payudara


Ifa Raziah telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di payudara. Dikatakan punca ketulan itu terjadi akibat jangkitan virus. Procedur pembedahan dibuat di Beverly Willshire Medical Centre.

Suami Ifa Raziah iaitu Mohd Yani Abdul Rahman memberitahu isterinya kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan selama tujuh jam.

ini kata Yan kepada portal Murai:

“Dia (Ifa) kini sudah berada dalam keadaan stabil cuma masih lagi tidak bermaya.Dia kini sedang menjalani beberapa rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang tiga hingga empat hari lagi,”

“Dia memang amat takut untuk menjalani pembedahan ini, saya pun pelik kerana dia sebelum ini adalah seorang yang berani.

“Tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar,”

Ifa Raziah mula mendapat jangkitan virus pada tahun 2011. Sejak 3 tahun yang lalu di bahagian payudaranya membengkak dan keras seperti ada ketulan. Apabila ketulan semakin sakit, Ifa Raziah setuju membuat pembedahan.

Ifa Raziah kini berehat selama sebulan dari industri hiburan. Semoga cepat sembuh.


>>> Jom buat smoothies buah mudah (baca sini) <<<



1 comments: