00:03 0

Komen Haliza Misbun: Siapa Sebar Gambar Adiknya Dipukul Awie

Komen Haliza Misbun Siapa Sebar Gambar Adiknya Dipukul Awie

Apabila gambar seorang wanita dikatakan dipukul tersebar, ramai mendakwa ianya ialah Rozana Misbun yang dipukul suaminya,Awie. 

Kini ternyata kini gambar itu sememangnya ialah Rozana Misbun.

Ramai juga tertanya-tanya siapakah yang menyebarkan gambar itu? Sehingga ada yang mengatakan Haliza Misbun yang bertanggungjawab sebarkan gambar itu.

Haliza Misbun kini telah menjelaskan dan menafikan tuduhan bahawa dia adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar Rozana Misbun dalam keadaan dibelasah teruk kepada pihak media. 

Ini kata Haliza Misbun:
"Saya harap saya punya keberanian ke tahap itu! Apapun, adik saya, Rozana dalam kesakitan yang teramat disaat-saat gambar itu dirakamkan. 

"Dia sendiri tidak mengingati siapa dan dari mana datangnya kamera telefo yang merakamkan gambar-gambar tersebut," 

Ditanya apa tindakan selanjutnya dari pihak dia dan keluarga Rozana, Haliza hanya meminta semua pihak menghormati undang-undang. 

Ini kata Haliza Misbun:
"Hormati juga proses penghakiman yang sedang berlangsung sekarang," 

Awie telahpun didakwa atas tuduhan memukul Rozana namun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Perbicaraan dikatakan bermula bulan 8 nanti.

sumber: Murai



0 comments:

Post a Comment