Searching...
11:11 5

Rumah 6 Tingkat Dipecah Masuk, Yusof Haslam Lepas Tembakan

Rumah 6 Tingkat Dipecah Masuk, Yusof Haslam Lepas Tembakan


Rumah banglo mewah pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam di Taman Melawati, di sini dipecah masuk dan dirompak, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 2 pagi, Yusof Haslam sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan amah dan pembantu rumahnya di tingkat bawah.


Yusof Haslam bergegas ke biliknya dan mengambil pistol.


Datuk Yusof Haslam melepaskan 3 das tembakan kesemuanya. 

Yang pertama, dia melepaskan tembakan ke arah tangga rumahnya, sebagai amaran kepada perompak dan menakutkan perompak. 2 das lagi selepas perompak lari.

Pihak polis mengesahkan kejadian itu. Menurut polis, mangsa mendapati pintu besi dan grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu.


Hasil pemeriksaan, hanya bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak dan diselongkar. Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti. (metro)






5 comments:

  1. ambik ko gerak gerak khas, bodoh punya perompak

    ReplyDelete
  2. bkpo masok rumah polis gerak khas nyoo.. ayookk

    ReplyDelete
  3. Pasang jerangkap samar disekeliling rumah,baru padan muka perompak-perompak tu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah xde sape cedera. Dato nampak gaya kena pasang pagar elektrik Dato

    ReplyDelete