Linda Dedah Perangai Buruk Fizz Fairuz, Terus Buat Laporan Polis
Seorang usahawan dikenali sebagai Linda berang dan berasa amat kesal dengan sikap lepas tangan pelakon popular, Fizz Fairuz lantas mendedahkan perangai buruk Fizz Fairuz.
Ini adalah kerana Fizz Fairuz dikatakan gagal membayar semula wang berjumlah RM15,000 yang dipinjam sejak Oktober tahun lalu.
Linda berkata, keputusan membuat laporan polis dan mendedahkan perkara itu adalah jalan terakhir untuk mendapatkan semula wangnya selepas pelbagai usaha dan rundingan dibuat dengan pelakon filem Mat Tudung itu menemui kegagalan.
Ini kata Linda:
“Nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tapi, dia memberi alasan dan mengelak daripada melunaskan hutangnya.”
“Dia berjanji untuk bayar semula antara April hingga Jun lalu, tapi hingga kini, dia mendiamkan diri dan mengelak.
“Saya sudah bagi peluang kepadanya secara baik tapi nampaknya dia yang nak perkara ini dibesarkan,”
Dari cerita pihak Linda, Fizz Fairuz ingin meminjam RM15,000 daripada Linda kerana mahu renovate dan ubahsuai rumah ibunya di Pahang. Linda bersetuju atas dasar persahabatan dan kesian dengan Fizz Fairuz kerana ingin besarkan rumah ibu.
Ini kata Linda lagi:
“Sebenarnya saya pun tak nak kecoh hal ini sebab niat ketika itu membantu dia ubah suai rumah emaknya.
“Saya bagi peluang kalau tak mampu bayar sekali gus, boleh ansur-ansur, tapi itu pun dia perdaya saya.
Yang terbaru, Fizz ada SMS kepada Linda mendakwa dia sudah bayar semua duit itu kepada pihak ketiga yang juga rakan Linda dan tidak mahu diganggu lagi.
Linda yang masih tidak menerima wang dijanjikan itu terus membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.
Sikap pelakon itu yang mendiamkan diri dan sukar dihubungi menimbulkan syak wasangka kepadanya untuk membawa perkara itu ke tengah.
Bagaimanapun, Fizz yang dihubungi enggan memberikan sebarang komen dan tidak mahu ambil melayan dakwaan itu.
0 comments:
Post a Comment