Searching...
22:47 0

Padah Pusingan U Di Lebuh Raya, Kanak-kanak Tercampak Atas Jalan Raya



GAMBAR: Padah Pusingan U Di Lebuh Raya, Kanak-kanak Tercampak Atas Jalan Raya


Berita kemalangan yang menimbulkan kemarahan pengguna alam maya apabila sebuah kereta telah membuat kesalahan sekaligus menyebabkan kemalangan jalanraya.

Rata-rata berang dengan tindakan sebuah kereta yang membuat pusingan U di highway dan menyebabkan kemalangan sehingga ada kanak-kanak tercampak.

Ini dari OhMedia:

Lebih kurang jam 6:40 petang tadi kami terserempak dengan satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari arah Kuantan berhampiran dengan susur keluar Cherating. 

Kejadian berpunca apabila Nissan Serena (warna silver) cuba membuat pusingan U di tengah lebuhraya yang penghadangnya terbuka sebelum dirempuh Naza Citra dari arah yang sama. 

Serena berpusing beberapa kali yang membuatkan dua kanak-kanak tercampak keluar ke tengah jalan dan parah. Berhati-hatilah di jalanraya ya!

Diharap pemandu Malaysia lebih bersabar dan PATUHI PERATURAN JALANRAYA. Bawak rilek, patuhi jalanraya dan slow slow sudah.




0 comments:

Post a Comment