19:59 2

Setelah Minta Maaf, Kiki Serah Diri Pada Polis, Kini Ditahan Dan Disiasat

Setelah Minta Maaf, Kiki Serah Diri Pada Polis, Kini Ditahan Dan Disiasat


Nama yang sedang meniti di bibir rakyat Malaysia ialah Kiki yang memiliki kereta Peugeot bernombor CDM 25. 

Siti Fairrah Asyikin, 30 atau lebih dikenali sebagai Kiki, yang kantoi memarahi seorang warga emas berumur 64 tahun di kawasan tempat letak kereta di UTC Kuantan Isnin lalu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Pada waktu pagi, Kiki telah memohon maaf kepada Uncle Sim secara Live di Era FM. Kemudian, Kiki datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada pukul 4.00 petang bersama ibu, ayah dan keluarganya sebelum ditahan.

Dalam kejadian itu, Kiki yang memandu kereta Peugeot putih bertindak membuli pesara yang terlanggar keretanya.

Dia bagaimanapun sudah pun memohon maaf dan mengakui kesalahannya kepada Sim Siok Hong.



2 comments:

  1. semua orang tidak lari dari melakukan kesilapan..begitu juga dgn Kiki.Kita manusia biasa yang sering alpa dan lalai..mungkin pada masa kejadian Kiki tengah marah dan tidak sedar apa yang dilakukan..sepatutnya awam yang berada di sana patut meleraikan sengketa yang berlaku bukannya sibuk rakam dan upload sengketa tersebut..zaman it semuanya mudah,dunia dihujung jari..tahniah kepada Kiki dan Uncle Sim kerana sudi memberi dan menerima kemaafan..Inilah rakyat Malaysia yang kaya dengan kesopanan dan penuh dengan kesusilaan..tiada khilaf yang tidak dapat dimaafkan tambahan lagi dibulan yang mulia ini

    ReplyDelete
  2. biasa la ...samseng jalanan

    ReplyDelete