21:56 0

Sharifah Aini Semakin Kritikal, Kini Masuk ICU

Sharifah Aini Semakin Kritikal, Kini Masuk ICU


Penyanyi legenda, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Penyanyi itu dikesan menghidap dan didiagnosis fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Menurut pakar yang merawatnya, Datuk Dr Zainudin Md Zain, fibrosis paru paru mengakibatkan paru paru mengeras dan berparut.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Menurut Dr Zainuddin keadaan beliau stabil di unit ICU dan hanya menerima lawatan ahli keluarga terdekat.

Sementara itu ada surau juga telah membuat solat hajat untuk keselamatan Sharifah Aini. Jom doakan keselamatn beliau.



0 comments:

Post a Comment