12:53 3

Surat Nikah Awie Dan Rozana Misbun Tak Berdaftar

Surat Nikah Awie Dan Rozana Misbun Tak Berdaftar


Salinan sijil nikah antara Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman atau nama komersialnya Awie sukar didapatkan dan dikatakan tidak berdaftar. 

Sijil nikah ini dipercayai dikeluarkan dari Thailand oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005.

Segala usaha yang telah dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan.

Dikatakan banyak dokumen penting yang hilang atau tidak tahu dimana letaknya, apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun yang lalu. 

Kerana masalah ini, keluarga Rozana memohon campur tangan dari pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenal pasti kesahihannya.

Untuk pengetahuan tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia.

Hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.

Sementara itu Nombor Daftar Kahwin yang digunapakai di dalam Sijil Kelahiran anak-anak Awie dan Rozana terbukti dari sindiket palsu.

Awie kini melarang Rozana Misbun dari berjumpa dengan anak-anaknya. Dikatakan hubungan dari telefon juga tidak boleh. Rozana Misbun pula berada di bawah perlindungan pihak polis.

[murai]

3 comments:

  1. amboi siap larang bini jumpa anak

    ReplyDelete
  2. Jahat awie ni .. gunakan anak sebagai senjata kt bini2 dia .. arni dulu pun dia buat camtuh ! Rugi la sape pernah kahwin dgn mamat disko dangdut ni ..

    ReplyDelete
  3. Its so complicated,hmm itulh akibat nikah sembunyi,sudah timbul masalah kan susah,anak-anak kesian yg kesian kena tempiasnya disebabkan masalah begini.bertaubat lh abg awie ooii

    ReplyDelete