02:03 0

TERKINI: Panggung Wayang Terbakar Di Sabah

TERKINI: Panggung Wayang Terbakar Di Sabah


Sebuah panggung wayang telah terbakar Di Sabah. Panggung wayang ini terletak di kompleks beli-belah di Sandakan, Sabah.

Kejadian kebakaran berlaku kira-kira jam 3 petang yang mana lebih dari 100 penonton pawagam One Kapital Plaza yang sedang menonton wayang panik menyelamatkan diri dan lari apabila panggung wayang itu terbakar dan dipenuhi asap.

Penonton wayang yang ketakutan mula panik dan cemas sehingga ada yang memecahkan tingkap untuk menyelamatkan diri kerana bimbang terperangkap.

Dari kata saksi, terdapat juga beberapa bunyi letupan turut kedengaran menyebabkan orang ramai bertambah cemas.

2 orang pengunjung cedera akibat memecahkan cermin dan tiada kemalangan maragut nyawa berlaku.





0 comments:

Post a Comment