12:45 0

Tulang Rusuk Retak, Rozana Misbun Hampir Pekak Dipukul Awie

Tulang Rusuk Retak, Rozana Misbun Hampir Pekak Dipukul Awie

Kini Rozana Misbun tampil membuat kenyataan tentang kisah dirinya dipukul suami iaitu penyanyi Awie.

Rozan juga menceritakan kisahnya terpaksa meninggalkan rumah selain bercerita tentang kecederaan yang dialaminya yang boleh dikatakan serius. Doktor memberitahu dia perlukan 3 bulan untuk pulih sepenuhnya.

Ini kenyataan Rozana Misbun:
“Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hati Ina untuk melangkah keluar ketika anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Hati Ina benar-benar sayu. Ina tak pernah berpisah dengan anak-anak walaupun sesaat”

“Tetapi Ina terpaksa teruskan langkah keluar rumah untuk ke rumah ibu dalam keadaan sehelai sepinggang menaiki teksi kerana perasaan trauma yang menghantui jiwa Ina,” 

Bercakap tentang kecederaan yang dialami, Rozana menambah yang doktor kini sedang berikan perhatian serius terhadap dua tulang rusuknya yang retak dan nyaris terkena paru paru selain kecederaan di wajah yang hampir menyebabkan dirinya pekak sebelah.

“Ina tak tipu, mestilah masih ada kesan sakit. Rusuk kiri iaitu tulang sembilan dan tulang sepuluh retak. Sekarang masih dalam rawatan dan doktor sedang beri perhatian serius. Doktor beritahu, kecederaan tu nyaris-nyaris nak kena paru-paru”

“Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih. Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan”

“Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey,”

Itulah kenyataan Rozana Misbun kepada mStar



0 comments:

Post a Comment