Kiki, Pemilik Peugeot Yang Mengamuk, Kini DISIASAT Polis
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak polis akan menyiasat wanita yang bertindak ganas terhadap seorang lelaki tua ketika kemalangan di Kuantan, Pahang selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral sejak petang semalam.
Tan Sri Khaliud berkata, wanita berkenaan akan disiasat mengikut undang-undang jalan raya kerana bertindak sebagai pembuli jalanan.
Ini kata Ketua Polis:
"Saya sudah melihat rakaman video itu pagi tadi, kita akan siasat wanita itu. Kalau kemalangan bukan itu caranya tetapi dia perlu membuat laporan polis bukan bertindak sendiri.
"Tindakannya itu mengundang bahaya dan dianggap sebagai pembuli jalan raya yang menyalahi undang-undang,"
"Kalau tiada laporan polis kita akan buat laporan terhadap wanita itu kerana rakaman video itu sudah tersebar dan menjadi bukti kejadian,"
Walaupun lelaki di dalam video itu tidak tampil membuat laporan polis,Tan Sri Khalid berkata pihak polis akan tetap mengambil tindakan dan menyiasat wanita itu.
BACA JUGA:
- Pantun Khas BUAT KIKI, pembuli jalan raya (BACA SINI)
Kiki makan dadah
ReplyDelete