23:34 0

5 Gambar Zonkey, Kacukkan Zebra Dan Donkey



Zonkey, Kacukkan Zebra Dan Donkey


Di sebuah zoo di Crimea, seekor haiwan baka kacuk baru telah dilahirkan secara tidak sengaja. Kacukkan itu berlaku antara kuda belang dan keldai dan diberi nama zonkey (zebra + donkey).

Zonkey itu diberi nama Telegraph. Telegraph lahir dengan keadaan rupa bentuk seperti keldai tetapi mempunyai kaki belang seperti zebra. Ibunya merupakan seekor zebra dan baka jantan adalah seekor keldai.

Ini kata jurucakap pihak zoo:
 "Kacukkan ini tidak dirancang kerana kuda belang betina tersebut dipindah ke kandang keldai selepas kelihatan tidak sihat dan enggan mengawan.

 "Tetapi ketika berada di kandang keldai, kuda belang tersebut telah mengawan dan melahirkan Telegraph yang sihat,"

Zoo itu kini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin melihat zonkey bernama Telegraph itu.

Gambar di bawah:







0 comments:

Post a Comment