Syukur, Adam Dan Fiza Rujuk, Kini Kembali Suami Isteri
Syukur alhamdulillah! Pasangan selebriti Adam AF2 dan Fiza (bekas Elite) telah kembali rujuk pada 17 Julai lalu di bulan Ramadan. Mereka bercerai pada 28 April yang lalu.
Mohd Aizam Mat Saman yang dikenali dengan nama Adam, memberitahu pasangan ini hadir ke MAIS, Majlis Agama Islam Selangor di Shah Alam pada jam 11 pagi untuk pendaftaran rujuk semula perkahwinan mereka.
Pasangan ini membuat kejutan apabila bernikah pada 26 September tahun lalu selepas berkenalan dua bulan. Perkenalan mereka bermula pada Ramadan tahun lalu.
Kemudian mereka berdua berpisah dan bercerai pada bulan April atas sebab tidak sehaluan. Mereka menganggap apa yang telah berlaku dalam rumah tangga mereka sebagai ujian dan takdir Allah.
Apapun tahniah dan syukur buat pasangan Adam dan Fiza. Semoga berbahagia.
Alhamdulillah, moga kekal hingga ke Jannah
ReplyDelete