7 Bulan Mengandung: Rozita Che Wan Alami Pendarahan
Zain Saidin memberitahu satu insiden cemas dialami oleh Rozita Che Wan yang terjadi pada awal bulan Ramadhan yang lalu.
Rozita Che Wan yang kini sudah hampir 7 bulan mengandung telah mengalami pendarahan. Sudah tentu pasangan suami isteri ini cemas.
Ini kata Zain Saidin kepada Berita Harian:
“Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja siram pokok pada hari berkenaan. Selepas itu pada sebelah petang dia nak bersiap untuk ke majlis berbuka puasa ada sesuatu yang terjadi. Berlaku pendarahan kecil dan kami segera ke pusat perubatan Prince Court untuk mendapatkan pemeriksaan”
“Kami mendapatkan rawatan susulan keesokan hari kerana doktor yang perlu dirujuk tiada pada hari pertama. Alhamdulillah pada hari ketiga pendarahan sudah tak ada. Mulai dari itu, saya tak izinkan lagi dia buat kerja berat. Berjalan atau berdiri lama pun saya tak izinkan kerana bimbang kaki bengkak,“
Memang bahaya pendarahan ketika mengandung apatah lagi sudah 3rd trimester. Antara yang dirisaukan ialah masalah placenta seperti placenta previa dan placenta abruptio.
Namun semuanya dah selamat, syukur alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment