10:50 0

Komen PANAS Hans Isaac Tentang Neelofa Kahwin Kerabat Diraja

Komen Mengejutkan Hans Isaac Tentang Neelofa Kahwin Kerabat Diraja


Neelofa kini melarikan diri apabila menjadi tumpuan pihak wartawan dan orang ramai yang ingin tahu lebih lanjut tentang gosip terkini dirinya.

Kini Hans Isaac telah mengeluarkan kenyataan dan komen apabila ditanya tentang hal bekas kekasihnya Neelofa yang dikatakan bakal menikahi kerabat diraja.

KOMEN TENTANG NEELOFA DENGAN KERABAT

Apabila di tanya tentang gosip Neelofa dan kerabat diraja ini jawapan Hans

Ini kata Hans Isaac:
"Saya baru tahu tentang gosip ini sebab beberapa bulan ini saya tidak sempat untuk membaca surat khabar kerana terlalu sibuk dengan pementasan semula teater Supermokh Sebuah Muzikal.

"Tetapi saya akui terkejut dengar berita ini kerana setahu saya, ketika kami berkawan dia sering kata tidak akan rapat atau berkahwin dengan golongan kerabat," 

"Bagi saya gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarnya kerana kalau tidak benar bagaimana berita itu boleh keluar?

"Orang istana memang selalu menafikan perkara-perkara begitu dan kalau tidak benar kenapa dia (Neelofa) meminta untuk komen perkara itu selepas dua bulan,"

KOMEN TENTANG PERPISAHAN DENGAN NEELOFA: MUNGKIR JANJI?

Hans Isaac juga diminta komen hubungannya dengan Neelofa sebelum ini dan ternyata kurang senang dengan tindakan Neelofa membocorkan rahsia. Neelofa mungkir janji?

Ini komen Hans Isaac:
"Kami bersetuju untuk tidak umum apa-apa tentang perpisahan kerana kami tidak pernah umumkan percintaan pun. Tiba-tiba dia buat pendedahan dan umumkan tentang perpisahan itu.

"Saya seorang ahli perniagaan dan ada tiga syarikat korporat, jadi saya perlu jaga reputasi saya untuk berurusan dengan hal-hal perniagaan. Bila keluar story tentang putus cinta di surat khabar sedikit sebanyak merosakkan nama baik saya.

"Malah ada rakan perniagaan saya yang sering menjadikan saya sebagai bahan ejekan tentang perkara-perkara remeh itu,"

sumber: mStar


0 comments:

Post a Comment