Kisah Terbongkar: Pelakon Baru Bercinta Dengan Ayah Rakan Artis
Ada satu kisah tentang percintaan pelakon baru, Aishah Ilias yang digosipkan mempunyai hubungan dengan bapa kepada seorang artis remaja.
Menrusi BeritaHarian Online, Aishah Ilias memberi penjelasan dan membongkar kisah ini.
Ini kisah sebenar dari mulut Aishah Ilias sendiri:
"Demi Tuhan, berita ini memang tidak benar. Saya nafi sekeras-kerasnya kalau ada yang mendakwa saya bercinta dengannya. Hubungan kami tak lebih sekadar kawan profesional. Tambahan pula kami sudah lama berkampung sama di set penggambaran drama berkenaan. Sejak hujung Februari lalu lagi.
"Hubungan itu jadi rapat sebab dia sudah berpengalaman. Tambahan pula drama-drama ini saya membawakan dua watak berbeza iaitu Rina dan Siti. Jadi dia banyak membantu saya terutamanya dalam menentukan sudut terbaik sekali gus membezakan dua karakter yang dibawa supaya tak nampak sama,"
Nampaknya sudah terbongkarlah kisah sebenar. Aishah Ilias telah menjelaskan apa yang berlaku dan ternyata gosip itu dinafikan olehnya.
Aishah Ilias pernah berlakon dalam filem Paku selain drama bersiri Dejavu di Kinabalu, Atas Nama Cinta dan Love You Mr Arrogant.
0 comments:
Post a Comment