Afiq Muiz Komen Eina Azman Nak Kahwin Datuk Paduka, Akui Tak Matang
Afiq Muiz menerusi portal mStar ada menceritakan apa yang terjadi di dalam kisah percintaannya. Dalam usia yang masih muda, Afiq Muiz kini sedang belajar dari pengalaman hidup.
Afiq Muiz lahir di Kelantan pada 1 Mei 1992, baru sahaja berumur 22 tahun. Jom ikuti temubual pelakon muda ini dengan portal mStar.
Komen Akui Tak Matang
Afiq Muiz diminta mengulas mengenai satu kenyataan yang dibuat Eina iaitu perhubungan dengan orang muda banyak bezanya apabila indivbidu itu gemar berangan. Ini komen Afiq Muiz:
"Saya tidak tahu dia tujukan kenyataan itu kepada siapa kerana bukan saya seorang sahaja lelaki muda yang berkawan dengan dia sebelum ini.
"Namun kalau kepada saya sekalipun, saya akui ketika kami berkawan masing-masing masih terlalu muda dan belum matang lagi, selalu bergaduh dengan perkara-perkara kecil.
"Saya harap dia jadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk membina hubungan pada masa akan datang,"
Komen Eina Azman Nak Kahwin Datuk Paduka:
"Saya berasa gembira dengan keputusan dia untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, semoga dia bahagia dengan pilihannya itu,"
"Saya masih muda dan belum matang lagi, banyak perkara yang saya sukar untuk berfikir dengan baik.
"Sebab itulah saya malas untuk ada komitmen terutama bila tentang hubungan cinta. Biar sampai saya betul-betul rasa sudah matang dan bersedia untuk berumah tangga baru saya fikir tentang itu,"
Itulah sedikit sebanyak komen dari Afiq Muiz. Nampaknya pelakon muda ini telah belajar dari kesilapannya. Dia pun masih muda. Kalau ikutkan bakat Afiq Muiz memang bagus. Mantap juga lakonannya. Namun kerana kontroversi, namanya popular atas sebab yang salah.
Semoga Afiq Muiz sukses di masa depan.
Bacaan lain yang berkait:
- Komen Eina Azman Nak Kahwin dan Gambar Bakal Suami (DI SINI)
0 comments:
Post a Comment