Searching...
11:23 0

Ibu Bapa Lapor Polis, Cikgu Lempang Anak Tak Siap Kerja Sekolah

Ibu Bapa Lapor Polis, Cikgu Lempang Anak Tak Siap Kerja Sekolah


Di Pulau Pinang, seorang bapa bernama Jahurin Abdul Karim berang dengan tindakan cikgu yang didakwa menampar anaknya hingga meninggalkan bekas di pipi kanan muka anaknya.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Tanjong Tokong, di sini, semalam.

Ketika mengambil murid pulang dari sekolah, isteri Jahurin mendapati keadaan pipi yang berbekas disyaki akibat ditampar.

Apabila disoal, anaknya memberitahu bahawa dia ditampar guru kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Berikutan kejadian, Jahurin berkata, isterinya telah membuat laporan polis.

Ekoran kejadian itu, Jahurin telah mengadakan pertemuan dengan guru wanita yang menampar muka anaknya itu di PPD. Cikgu itu mengajar Bahasa Inggeris.



0 comments:

Post a Comment