14:00 0

Mimi One Nation Emcees Nak Kahwin, Wajah Bakal Suami Tersebar

Mimi One Nation Emcees Nak Kahwin

Penyanyi dari kumpulan ONE One Nation Emcees, Mimi akan menamatkan zaman bujangnya apbila bakal berkahwin dengan seorang pensyarah.

Pasangan ini sudah lama berkenalan, kira-kira hampir 15 tahun mereka kenal.

Ini komen Mimi: (murai)
“InsyaAllah jika tiada arah melintang kami merancang untuk bernikah pada Mac tahun hadapan. Sekarang ini segala persiapan sedang kami jalankan.

“Terus-terang saya amat teruja untuk melangkah ke alam perkahwinan kerana seronok pula apabila melihat rakan sebaya yang lain yang sudah berkahwin dan punya anak sendiri,”

“Kami sebenarnya sudah kenal sejak kami sama-sama usia 13 tahun lagi.  Baru beberapa tahun ni kami mula rapat dan saya mula terpikat dengan sikap dia.

“Dia seorang yang tegas dalam kerja,  dari situ saya sudah terpikat sebab saya rasa dia boleh membimbing saya satu hari nanti,”

Semoga perancangan berjalan lancar ye Mimi One Nation Emcees.



0 comments:

Post a Comment